Wednesday, February 24, 2010

NAIK ATAU KEKAL?

Keputusan tarif elektrik hari ini-berita harian


KUALA LUMPUR: Kabinet akan memutuskan hari ini sama ada tarif elektrik dinaikkan atau dikekalkan pada kadar sekarang, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

“Kementerian sudah memberi cadangan kepada Kabinet berkenaan permohonan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menaikkan tarif elektrik di negara ini.

“Bagaimanapun, sama ada kadar elektrik naik atau tidak, ia terpulang kepada Kabinet dan jika dinaikkan pun, kita mengagak kadarnya kecil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Tahun Baru Cina TNB 2010 di sini, semalam.



Hadir sama Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Tahun lalu, TNB mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik berikutan kenaikan pelbagai kos berkaitan.

“Adalah perkara biasa untuk TNB meminta kenaikan tarif elektrik kerana kenaikan kos dan sebagainya, tapi Kabinet akan melihat situasi keseluruhan termasuk keadaan ekonomi dan kemampuan rakyat untuk membayar sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.


Bagaimanapun, Chin mengakui kenaikan tarif elektrik tidak boleh dielakkan memandangkan kenaikan global sumber elektrik termasuk gas yang menyebabkan kenaikan dalam kos penyelenggaraan.

Beliau berkata, jika Kabinet bersetuju dengan permohonan TNB, struktur baru tarif elektrik dijangka berkuat kuasa 1 Mac ini, dengan skim elektrik percuma kepada isi rumah mungkin diteruskan.

“Pada masa sekarang skim percuma ini membabitkan penggunaan elektrik di bawah RM20 tetapi saya tidak tahu apa yang akan diputuskan Kabinet esok (hari ini) sama ada jumlah itu kekal atau sebaliknya,” katanya.

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...