Friday, February 26, 2010

RATU KEBANGGAAN MALAYSIA


Rosmah tekankan pentingnya peranan wanita pertama


KUALA LUMPUR - Ketika usaha diplomatik sedang giat dilakukan bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir pada Januari lepas, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, menerima panggilan telefon daripada bekas Wanita Pertama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.



Dr. Siti Hasmah meminta bantuan beliau untuk membebaskan Ibrahim Mohd Azmi, 22, pelajar University of Bristol di United Kingdom, yang telah ditahan di Mesir semasa sedang mengikuti konvoi Viva Palestina untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.



Tanpa berlengah, Rosmah segera bertindak, membuat beberapa panggilan telefon kepada beberapa pihak berkuasa. Beliau turut menghubungi seorang rakannya yang berada beribu kilometer jauhnya.



Ia bukan rakan biasa tetapi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir. Rosmah berkenalan dengan beliau semasa menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Pertama, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Sharm El Sheikh di Mesir, Julai lepas. Mereka kemudiannya menjadi kawan rapat.



Panggilan telefon itu membuahkan hasil. Ibrahim dibebaskan.



Dalam temu bual dengan Bernama, Rosmah bercakap mengenai peranan penting yang boleh dimainkan oleh isteri pemimpin dunia. Katanya, tugas mereka bukan sekadar mengiringi pemimpin pada majlis-majlis rasmi malah melampaui semua itu.



"Kami boleh menjadi wanita pertama yang bekerja. Kami boleh memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik. Kami boleh menjadi kawan. Jika sesuatu berlaku, kami boleh menggunakan saluran tidak rasmi, tanpa protokol.



"Saya sentiasa berusaha untuk mengenali wanita-wanita pertama setiap kali kami bertemu di persidangan antarabangsa yang dihadiri suami kami. Suami (pemimpin) kami boleh berinteraksi secara lebih rasmi dan serius tetapi kami, sebagai isteri mereka, boleh menganggap satu antara lain sebagai kawan," katanya.



Malahan, beliau berpendapat, jika wanita pertama di seluruh dunia saling bekerjasama, banyak masalah boleh diselesaikan, khususnya berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak.



Kira-kira hampir setahun sekarang selepas suami beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi perdana menteri keenam Malaysia, Rosmah telah mempamerkan semangat jitu dan komitmen dalam menjalankan tugasnya sebagai isteri kepada lelaki paling berkuasa di negara ini.



Pada Disember tahun lepas, Rosmah mempamerkan kualiti istimewa apabila beliau mengiringi Najib melakukan lawatan ke kawasan bergolak di selatan Thailand di mana lebih 3,600 orang terbunuh di tiga wilayah majoriti penduduk Islam itu sejak kumpulan pemisah bersenjata melancarkan kempen menuntut kemerdekaan pada Januari 2005.



"Apabila saya diperlukan mengiringi suami saya dalam sesuatu lawatan seperti mana ke Selatan Thailand itu, saya tidak berasa curiga kerana saya tahu pihak berkenaan telah mengambil langkah keselamatan secukupnya. Saya tak rasa takut atau berada dalam keadaan merbahaya ketika di sana," katanya.



Malah, kata Rosmah beliau gembira kerana berpeluang menimba pengalaman di sana.



"Malah saya amat gembira melihat penduduk di sana menyambut kami, terutama Perdana Menteri Thailand (Abhisit Vejjajiva) dengan begitu mesra sekali. Saya lihat mereka mahukan keamanan dan pembangunan," katanya.



Sementara kerajaan Malaysia dan Thailand bersetuju melaksanakan pelbagai program untuk memulihkan keamanan di wilayah berkenaan, Persatuan Kebajikan dan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), yang Rosmah adalah pengerusinya, berikrar akan menyediakan perkhidmatan sokongan.



Bagi Rosmah, tugas dan perjalanan ke luar negara yang kerap dilakukannya sejak beberapa bulan lepas telah membuka matanya mengenai kepentingan dan peranan yang boleh dimainkan oleh isteri pemimpin.



"Sepanjang lawatan itu, saya akan mengambil peluang melawat tempat-tempat dan program yang dilaksanakan oleh wanita pertama atau keluarga diraja negara tuan rumah.



"Saya akan belajar lebih banyak mengenainya dan jika dirasakan boleh memberi manfaat kepada negara, saya akan cuba laksanakannya di sini," kata Rosmah, yang mengilhamkan cadangan penganjuran "Sidang Kemuncak Wanita Pertama bagi Melahirkan Pemimpin Wanita Masa Depan" di sini pada Oktober.



Beliau sendiri amat kagum dan juga gembira dengan perkembangan di Asia Barat, khususnya peranan yang dimainkan oleh wanita di sana dan dengan tahap kebebasan yang mereka nikmati sekarang.



"Saya gembira dengan perubahan yang berlaku di sana kerana mereka (kini) lebih mementingkan pendidikan. Mereka tidak lagi terkongkong. Ramai yang memiliki kelulusan PhD dari universiti-universiti terkemuka di dunia dan memainkan peranan lebih besar dalam agensi-agensi kerajaan," kata Rosmah, yang mengiringi Najib pada lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bulan lepas.



Katanya amat membanggakan kerana ramai daripada kalangan kerabat diraja dan keluarga berada di negara yang kaya dengan minyak itu kini mengikut kursus di pelbagai universiti di sebalik kekayaan dan kehidupan mewah yang mereka miliki.



Semasa lawatan ke Arab Saudi, masih dianggap sebagai negara Islam konservatif oleh banyak pihak, Rosmah berkata, beliau amat tersentuh dan berbesar hati kerana diberikan peluang keemasan untuk mengiringi Najib menghadap Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud dan menyaksikan penyampaian anugerah King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) kepada Perdana Menteri.



"Pada saya, ini peluang keemasan yang saya tidak pernah termimpi. Ini merupakan saat paling berharga buat saya dan sentiasa terpahat di hati," katanya.



Rosmah berkata, penganugerahan anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi itu kepada Najib bukan sahaja satu penghormatan kepada perdana menteri tetapi juga rakyat Malaysia dan satu pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang dan sumbangan negara kepada dunia Islam.



Rosmah turut menghadiri majlis makan tengah hari bersama-sama tujuh puteri Saudi dan melawat Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah (Kaust) dan Universiti Raja Faisal.



"Di Kaust, saya bertanya sama ada mereka mengambil pelajar wanita. Jawapan yang diberikan ialah tiada masalah dalam soal itu. Perkara seumpama itu tidak berlaku 10 tahun lepas. Di Universiti Raja Faisal, pihak berkuasa bercadang membenarkan pengambilan pelajar wanita pada semester akan datang," katanya.



Rosmah berkata, beliau turut bertukar-tukar idea dan pandangan dengan puteri-puteri berkenaan, yang mahir dalam beberapa isu termasuk Undang-undang Syariah dan juga aktif dalam organisasi kebajikan dan amal.



Mereka juga sedar akan perlunya negara mereka memastikan rakyatnya tidak ketinggalan berbanding negara-negara lain di dunia, katanya.



"Mereka mahu menjadi moden tetapi bukannya kebaratan. Mereka mahukan perubahan yang membawa manfaat kepada rakyat. Mereka juga kagum dengan pencapaian wanita di Malaysia," katanya.



Di UAE, Rosmah berkata, beliau mengadakan perbincangan yang amat bermakna dengan Sheikha Fatima Mubarak, ibu Putera Mahkota Abu Dhabi, yang banyak menyumbang dalam usaha memperkasakan wanita di negara.



Rosmah juga mengadakan pertemuan dengan Puteri Haya Al Hussein, isteri Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE.



Sheikha Fatima mengendalikan yayasan untuk kanak-kanak dan wanita dan memberikan perhatian terhadap kebajikan dan kesejahteraan mereka, katanya sambil memberikan contoh penubuhan gimnasium di semua daerah di Abu Dhabi yang menyediakan tempat bagi wanita untuk bersenam dan menyertai aktiviti rekreasi, secara percuma.



Perkembangan itu, kata Rosmah, patut membuka mata wanita di Malaysia yang telah sejak sekian lama menikmati pelbagai peluang dan kemudahan untuk meningkatkan kehidupan dan pencapaian diri mereka.



"Mereka patut bersyukur kerana peluang dalam pendidikan, perniagaan dan ekonomi telah wujud di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya. Kita berada pada tahap yang baik daripada segi wanita memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta," katanya.



Di sebalik kemajuan yang telah dicapai, Rosmah berkata, wanita di Malaysia tidak harus berpuas hati dengan apa yang telah mereka capai dan perlu terus memperbaiki diri dan kekal bersatu.



Bersandarkan harapan itu dan menyedari perlunya negara mengeluarkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang, khususnya mencungkil bakat-bakat di kalangan golongan miskin, Rosmah telah melaksanakan inisiatif khas yang dikenali sebagai Program Permata Negara/Permata Pintar.



Rosmah, yang juga pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata, program itu akan memupuk kanak-kanak untuk menjadi pintar, matang daripada segi emosi dan mempunyai kemahiran komunikasi dan petah berhujah.



Katanya, program itu telah menunjukkan kejayaan dalam waktu singkat.



"Saya melawat beberapa sekolah untuk pelajar pintar di Thailand, China, Perancis, India dan Singapura. Kami menganalisis kaedah mereka dan merumuskan kaedah mengikut acuan kita sendiri," katanya.



Di India bulan lepas, Rosmah melawat Delhi Public School, sebuah institusi dengan 7,000 pelajar khusus untuk mengeluarkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang.



Kejayaan program Permata Negara telah mendorong isteri-isteri para pemimpin asing, antaranya Sheikha Mozah Nasser Al-Missned, isteri Emir Qatar, dan isteri Presiden Zambia, Thaniwe Banda, ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program itu.



Pusat-pusat Permata Negara yang mula beroperasi 1 Mac, 2007, menyediakan penjagaan dan pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka daripada keluarga dengan pendapatan isirumah kurang daripada RM1,500 sebulan. - BERNAMA

helangman : mengampu banyak2 lagi nanti dapat jadi anak angkat.

Wednesday, February 24, 2010

NAIK ATAU KEKAL?

Keputusan tarif elektrik hari ini-berita harian


KUALA LUMPUR: Kabinet akan memutuskan hari ini sama ada tarif elektrik dinaikkan atau dikekalkan pada kadar sekarang, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

“Kementerian sudah memberi cadangan kepada Kabinet berkenaan permohonan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menaikkan tarif elektrik di negara ini.

“Bagaimanapun, sama ada kadar elektrik naik atau tidak, ia terpulang kepada Kabinet dan jika dinaikkan pun, kita mengagak kadarnya kecil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Tahun Baru Cina TNB 2010 di sini, semalam.



Hadir sama Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Tahun lalu, TNB mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik berikutan kenaikan pelbagai kos berkaitan.

“Adalah perkara biasa untuk TNB meminta kenaikan tarif elektrik kerana kenaikan kos dan sebagainya, tapi Kabinet akan melihat situasi keseluruhan termasuk keadaan ekonomi dan kemampuan rakyat untuk membayar sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.


Bagaimanapun, Chin mengakui kenaikan tarif elektrik tidak boleh dielakkan memandangkan kenaikan global sumber elektrik termasuk gas yang menyebabkan kenaikan dalam kos penyelenggaraan.

Beliau berkata, jika Kabinet bersetuju dengan permohonan TNB, struktur baru tarif elektrik dijangka berkuat kuasa 1 Mac ini, dengan skim elektrik percuma kepada isi rumah mungkin diteruskan.

“Pada masa sekarang skim percuma ini membabitkan penggunaan elektrik di bawah RM20 tetapi saya tidak tahu apa yang akan diputuskan Kabinet esok (hari ini) sama ada jumlah itu kekal atau sebaliknya,” katanya.

LAGU JOGET

STEVEN PAUL JOBS



   pengasas bersama apple computer inc dan juga pengasas bersama NEXT diambil sebagai anak angkat oleh paul dan clara jobs sebaik dilahirkan. ketika mudanya dia menunjukkan minat dengan elektronik dan sambil bersekolah menegah dia menghadiri ceramah di kilang hewlett packard di palo altol, california. dia menghadiri kolej reed di portland oregon untuk satu penggal, kemudian meninggalkan kolej kerana terbabit dengan falsafah. pada 1974, dia bekerja dengan atori inc menghasilkan permainan komputer breakout cukup untuk membiayai perjalannya ke india, slepas menjelajah india dia kembali ke california.

   jobs menyertai kumpulan peminat komputer terkenal dengan nama homebrew camputer club pada 1975. seorang genius bernama stephen mozniah daripada kumpulan ini dipelawa oleh jobs untuk membuka perniagaan. dengan modal AS$1,300 yg diperoleh dengan menjual bas kecil volkswagen jobs dan kalkulator hewlett-packard wozniah, kedua duanya membentuk dan menghasilkan apa yg dikenali dengan nama komputer apple 1, dinamakn sempena ladang epal tempat jobs bekerja ketika cuti musimpanas.

   pada 1976 mereka berjaya menjual 600 buah komputer dengan pendapatan kasar sebanyak AS$774,000. tahun seterusnya mereka menjual yg disukai ramai, apple 11, sebuah komputer mesra pengguna yg lengkap dengan grafik berwarna. dalam masa tiga tahun syarikat itu memperoleh pendapatan AS$159 juta, pertumbuhan pendapatan sebanyak 700 peratus. apabila syarikat itu disenaraikan pada 1980, harga pasaran pada akhir hari pertama sebanyak AS$1.2 bilion, jobs ketika itu berumur 25 tahun.

   pada 1984, jobs menubuhkan sebuah syarikat lain, NEXT selepas kerap bertengkar dengan lembaga pengarah apple. komputer pertama NEXT dikeluarkan pada 1989. walaupun berbentuk cantik dengan drive disk optik,monitor video yg lebih baik, muzik bermutu cd, komputer itu gagal. pengeluaran diberhentikan pada 1993 dan NEXT seterusnya memberikan tumpuan daripada peralatan perisian pada jobs memberikan tumpuan kepada sebuah syarikat yg dibelinya daripada pengarah filem terkenal, george lucas pada 1986 bernama studio pixar animation.
  
   jobs membuat perjanjian untuk menghasilkan tiga buah filem untuk disney yg pertama pada 1995 berjudul toy story. filem ini menjadi box office dan berjaya dengan pendapatan kasar sebanyak AS$38 juta. pixar disenaraikan pada 29 november 1995 dengan harga AS$22 sesaham dan ditetap pada paras AS$39 sesaham membuatkan nilai kekayaan persendirian jobs sebanyak AS$1.17 bilion. tidak lama kemudian apple membeli next. jobs diambil semula selaku penasihat kepada ketua eksekutifnya dan dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

Tuesday, February 23, 2010

ROTI PIZZA (WHOLEMEAL)


bahan-bahan
tepung gandum keras -425 g
bran gandum -75 g
susu tepung -15 g
pelembut roti -7 g
yis kering segera -9 g
gula -10 g
garam -10 g
air dingin -330 g
mentega -25 g
hias atas pizza
cara cara membuatnya
-dengan mesin pengadun yg dipasang cangkuk doh pada kelajuan rendah, adun semua bahan kering selama 2 minit. tambah air dan terus mengadun pada kelajuan rendah selama 2 minit. masukkan mentega dan adun pada kelajuan sederhana selama 12 minit sehingga doh betul2 kembang.
-alih doh ke atas papan canai yg ditabur tepung. kaup dan bulatkan doh dengan kedua dua belah tangan anda. bubuh doh ke dalam bekas kedap udara dan biarkan kembang di tempat yg panas selama 1 jam sehingga naik sekali ganda.
-bahagikan doh kepada 9 bahagian, setiap satu 100g. bulat bulatkan doh dan ketepikan selama 15 minit. tekan dan canai setiap bahagian doh menjadi bulat. cucuk cucukkan permukaan doh dengan garfu untuk mengelakkan bahagian tengah doh daripada mengelembung semasa mengembang.
-biarkan doh selama 20-30 minit di dalam bilik panas dan tidak berangin. bakar dia dalam ketuhar yg sudah dipanaskan pada 225 suhu celcius selama 10-12 minit sehingga doh bertukar warna sedikit. sapukan hias atas pizza (lihat resepi di bawah) pada doh dan tabur dengan sedikit keju parmesan.
-untuk membuat pizza hawaii, hias atas dengan nanas dadu, ayam panggang, cendawan, bawang besar, lada benggala merah dan hijau, dan tabur dengan campuran keju mozzarella dan keju cheddar. bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 225 celcius selama 10-12 minit sehingga keju menjadi keperang-perangan.
bahan-bahan
tomato -700 g
minyak masak -35 g
bawang merah -8 g
bawang putih -6 g
daun bay -3 helai
bawang besar -100 g
pes tomato -150 g
gula -20 g
garam -6 g
herba oregano -2 g
lada hitam serbuk -6 g
cara2 membuatnya
-dengan pisau yg tajam, buat kelaran palang di bahagian bawah tomato. celup tomato di dalam air mendidih selama 15 minit sehingga kulitnya mudah disiat. buang kulit, empulur dan bijinya tetapi kekalkan isinya. masukkan ke dalam mesin pemproses makanan dan kisar sehingga halus.
-di dalam kuali leper, panaskan minyak masak dan goreng bawang merah, bawang putih dan daun bay sehingga kekuning-kuningan. tambah bawang besar dan goreng selama 10 minit untuk mengeringkan bawang besar. masukkan pes tomato dan tomato kisar dan terus menggoreng selama 20 minit sehingga sos mula pekat. perisakan dengan gula, garam, herba oregano dan lada hitam masak selama 10 minit.
catatan
-menabur sedikit tepung ke atas papan canai dan membalik-balikkan doh setiap kali doh dicanai akan menghasilkan pizza yang bulat. anda boleh juga mancanai doh setebal 0.5 cm dan memotongnya dengan penerap bulat.
*resepi disediakan oleh chef helangman

ADAT BERMADU



helangman : nasib baik dua aje. kalau empat, alamak perang teluk nampaknya. tapi yg bagusnya yg no 2 tu bertudung, nampaknya bagus juga sultan kelantan memilih isterinya yg no 2, adalah ciri2 islamik.

Tuesday, February 16, 2010

MARI BELAJAR SEJARAH

CAMPUR TANGAN BRITISH DI PERAK



sebab2 campur tangan.

pergaduhan kongsi2 gelap cina di larut.

1.pekerja2 lombong cina yg datang ke perak kebanyakannya terlibat dalam kegiatan kongsi gelap. mereka menjadi anggota kepada dua buah kumpulan kongsi gelap yg bermusuhan dan dikenali sebagai ghee hin dan hai san.


2.puak ghee hin dianggotai oleh orang kantonis dan lombong2 mereka terdapat di klian bahru, kawasan kemunting. puak hai san pula terdiri daripada orang hakka dan mereka tinggal di klian pauh.


3.walaupun kedua buah kumpulan ini tinggal di di dalam dua kawasan penempatan yg berbeza, pembahagian sempadan kawasan masing2 tidak mutlak. ada antaranya orang ghee sin yg tinggal di kawasan hai san dan begitu sebaliknya.


4.disebabkan ketiadaan kawasan secara mutlak, kedua dua buah kumpulan sentiasa bersaing untuk mendapatkan kawasan bijih timah yg terbaik.


5.keadaan ini menimbulkan perselisihan faham dan membawa kepada permusuhan yg mengakibatkan meletusnya perang larut pada tahun 1861, perang ini berlarutan sehingga tahun 1874.


6.dalam perang larut pertama, puak ghee hin telah ditewaskan, mereka dihalau dari larut dan lari ke pulau pinang. ketua puak ghee hin di pulau pinang mengadu kepada kerajaan british di negeri2 selat dan meminta ganti rugi bagi pihak orang ghee hin yg terlibat dalam pertikain tersebut.

7.gabenor negeri2 selat,orfeur cavenagh meminta sultan perak supaya bertanggungjawab ke atas pertikaian tersebut. beliau memuinta baginda membayar ganti rugi berjumlah $17500 kepada puak ghee hin.

8.apabila baginda tidak dapat membayar ganti rugi tersebut, ngah ibrahim bersetuju untuk membayar ganti rugi tersebut kepada orang ghee hin. selepas penyelesaian dicapai, orang ghee hin dibenarkan kembali ke klian baharu dan keamanan dapat dipulihkan semula.

9.bagi membalas jasa ngah ibrahim, sultan perak menganugerahkan gelaran "orang kaya menteri larut". beliau dijadikan pemerintah seluruh daerah larut.

10.walaupun perang larut pertama berakhir, puak hai san masih tidak berpuas hati. mereka mendapati bahawa puak ghee hin yg kalah memperoleh semula lombong masing2 dan dibayar ganti rugi yg banyak, sedangkan mereka tidak dapat apa2.mereka menuggu masa untuk membalas dendam.

11.keadaan ini membawa kepada tercetusnya perang larut kedua. sekali lagi dalam peperangan ini, puak ghee hin dikalahkan dan saki baki puak ghee hin yg tewas lari ke pulau pinang. mereka menuntut gabenor negeri2 selat membayar ganti rugi, tetapi kerajaan british di pulau pinang enggan campur tangan dalam pertikaian itu.

12.perang larut yg berlarutan ini mengganggu perusahaan melombong bijih timah. perbalahan antara kedua dua kongsi gelap ini membimbangkan kerajaan british kerana pergaduhan itu semakin hari semakin merebak hampir ke sempadan british, iaitu pulau pinang dan seberang perai.

masalah perebutan takhta kerajaan

1.keadaan huru hara di perak juga berlaku akibat perebutan takhta daripada kalangan kerabat diraja yg menjadikan keadaan politik dalam negeri semakin kusut.

2.sistem pewarisan takhta di perak amat brbeza dengan negeri melayu yg lain. mengikut sistem ini, tiga buah keluarga diraja berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan. setiap keluarga akan mencalonkan seorang putera yang bakal menaiki takhta melalui satu sistem pusingan.

3.seseorang putera wajib melalui tiga jawatan sebelum berhak menjadi sultan, iaitu raja di hilir, raja bendahara, dan raja muda. raja di hilir ialah putera raja yang memerintah, sementara raja bendahara, putera raja yg sebelumnya dan raja muda ialah putera raja yg terdahulu.

4.apabila sultan mangkat, setiap calon akn berganjak selangkah. raja muda menjadi sultan, raja bendahara menjadi raja muda, dan raja di hilir menjadi raja bendahara. putera raja yg baru menjadi raja di hilir.

5.kenaikan seseorang putera itu dari satu peringkat ke peringkat jawatan yg lain sebelum menjadi sultan, bukanlah secara automatik kerana para pembesar negeri berhak untuk menetepikan mana2 putera raja yg difikirkan tidak layak.

6.apabila sultan jaafar mangkat pada tahun 1865,raja muda ali dilantik menjadi sultan. raja abdullah, iaitu putera sultan jaafar yg sepatutnya menjadi raja bendahara dilantik sebagai raja muda kerana raja ismail dianggap tidak layak dinaikkan pangkat. raja yusuf yg sepatutnya menjadi raja muda diketepikan untuk kali kedua.

7.raja yusuf kemudiannya menulis surat kepada pihak british. beliau memberi amaran untuk menuntut takhta kerajaan selepas sultan ali mangkat.apabila sultan ali mangkat pada 1871, perebutan takhta pun berlaku.

8.pada masa itu, terdapat tiga orang yg menuntut takhta kerajaan, iaitu raja abdullah, raja ismail, dan raja yusuf. raja abdullah yg menetap di batak rabit diundang untuk menghadiri upacara pemakaman jenazah al-marhum sultan ali di sayong.

9.mengikut adat istiadat melayu perak, seseorang bakal sultan yg hendak ditabalkan mestilah hadir dan mengangkat sumpah sebagai sultan yg baru sebelum istiadat pengkebumian bekas sultan disempurnakan.

10.raja abdullah tidak hadir dalam upacara itu kerana takut kepada musuhnya.jika beliau pergi ke sayong, beliau mungkin dibunuh oleh para pengikut raja yusuf kerana beliau terpaksa melaui daerah yg didiami oleh raja yusuf iaitu senggang.

11.setelah menunggu raja abdullah lebih sebulan,para pembesar perak melantik raja ismail sebagai sultan yg baru pada bulan jun 1871, baginda menetap di belanja.

12.walaupun raja ismail dilantik menjadi sultan, tetapi baginda tidak berkuasa di seluruh negeri perak. kekuasaan baginda hanya terbatas di bahagian hulu perak. manakala, raja abdullah masih berkuasa di hilir perak selatan.

13.ini menyebabkan pemerintahan perak terbahagi kepada dua dengan dua orang sultan yg berkuasa di dua buah kawasan dgn disokong oleh para pembesar masing2.

14.perselisihan faham antara sultan, kerabat diraja dan para pembesar masih berterusan. raja abdullah yg tidak berpuas hati dgn perlantikan raja ismail menuntut jawatan itu. baginda menghubungi gabenor harry ord di singapura, tetapi pihak british enggan melayan tuntutan raja abdullah.

15.hubungan raja abdullah dan menteri larut, ngah ibrahim menjadi semakin buruk. raja abdullah sedar harapannya untuk mendapatkan takhta kerajaan hanya akn tercapai jika ngah ibrahim dapat disingkirkan.

16.pihak british semakin bimbang dengan perang larut yg kian merebak ke negeri2 selat. pemerintah british di pulau pinang, leftenan kolonel ARH anson memanggil ngah ibrahim, raja abdullah serta ketua2 puak ghee hin dan hai san untuk berunding di pulau pinang. walaupun persetujuan dicapai dalam rundingan itu, tetapi gagal dilaksanakan kerana puak ghee hin mungkir janji.

17.dalam bulan november1873, sir andrew clarke tiba di singapura untuk menggantikan sir harry old sebagai gabenar baharu negeri2 selat.semasa itu juga, terdapat perubahan dasar kerajaan british di london tentang dasar tidak campur tangan di negeri2 melayu.

18.perubahan dasar itu dihantar melaui satu arahan daripada pejabat tanah jajahan yg memberi kebenaran kepada clarke untuk terlibat secara langsung di negeri2 melayu yg masih belum berada di bawah penguasaan british.arahan ini digunakan sebagai alasan untuk clarke campur tangan di negeri2 melayu.

19.pada bulan disember 1873, raja abdullah meminta pihak british campur tangan untuk memulihkan keamanan di perak. beliau bersetuju untuk membenarkan negeri itu berada di bawah naungan british jika beliau diiktiraf sebagai sultan.

20.selepas menerima permintaan daripada raja abdullah, clarke menghantar WA pickering ke larut untuk menyelesaikan perbalahan antara kongsi gelap cina. pada 14 februari 1874, beliau menjemput para pembesar perak datang menemuinya di pulau pangkor.

21.raja abdullah,menteri larut dan pemimpin puak hai san dan ghee hin hadir dalam pertemuan itu. mereka yg tidak hadir ialah raja yusuf dan sultan ismail.

perjanjian pangkor, 1874

1. rundingan pangkor mula diadakan pada 17 januari 1874 di atas kapal inggeris pluto. setelah tiga hari berunding, stu perjanjian ditandatangani antara andrew clarke dengan semua pihak yg terlibat pada 20 januari 1874. perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian pangkor.

2.bahagian pertama perjanjian ini berkaitan dengan perbalahan antara kongsi gelap cina larut. kedua dua pihak diminta mengekalkan keamanan, memansuhkan senjata dan kubu2, menerima keputusan daripada sebuah suruhanjaya kerajaan yg ditubuhkan khas untuk menyelesaikan soal perlombongan bijih. bahagian kedua ialah mengenai kesultan perak.

3.antara syrat2 penting perjanjian pangkor ialah:

a)british mengiktiraf raja abdullah sebagai sultan perak yg sah. sultan ismail dirunkan dari takhta kerajaan dan diberi satu gelaran lain iaitu sultan muda. beliau diberikan pencen sebanyak $1000 sebulan dan sebuah jajahan kecil untuk ditadbirkan.

b)sultan bersedia menerima seorang residen british sebagai penasihat. nasihat residen mesti diminta dan dipatuhi dalam semua perkara, kecuali berkaitan hal agama dan adat istiadat melayu.

c)pungutan semua hasil negeri dan perlantikan dibuat atas nama sultan tetapi melaui nasihat residen. gaji residen dibayar oleh sultan dan bukannya oleh kerajaan british.

d)semua pelantikan yg dibuat semasa pemerintahan sultan ismail dahulunya diiktiraf.

e)kuasa yg diberi kepada menteri larut, ngah ibrahim oleh al-marhum sultan disahkan, tetapi beliau tidak lagi diiktiraf sebagai pemerintah yg merdeka. beliau mesti menerima seorang penolong residen untuk membantunya dalam urusan pentadbiran larut.

f)sempadan2 pulau pinang dan pangkao yg diserahkan kepada british mengikut perjanjian low dipindahkan semula. tindakan yg sama juga akan diambil ke atas sempadan di sungai kerian.

4.perjanjian pangkor meninggalkan beberapa kesan penting iaitu:

a)menandakan bermulanya penguasaan british dalam hal ehwal politik dan ekonomi di perak serta di negeri melayu yg lain.

b)perjanjian ini berjaya menamatkan keadaan huru hara di larut yg berlarutan begitu lama dan membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah diteruskan tanpa gangguan.

c)campur tangan british mengakibatkan sultan dan para pembesar melayu telah kehilangan kuasa secara beransur-ansur dalam urusan pemerintahan negeri kerana mereka terikat untuk bertindak di tas nasihat dan arahan daripada residen british.

d)pada mulanya, perkara ini tidak begitu disedari, tetapi lama-kelamaan telah menimbulkan perasan tidak puas hati sultan dan para pembesarnya, ini membawa kepada pemberontakan bersenjata untuk menentang british.

Monday, February 15, 2010

SOICHIRO HONDA (PENGASAS SYARIKAT HONDA MOTOR)


SOICHIRO HONDA
usahawan yang pertama dalam rencana hari ini ialah pengasas bersama syarikat honda motor iaitu soichiro honda. dia dilahirkan di perkampungan di jajahan hamamatsu pada 1906. dia anak sulung daripada sembilan adik beradik, sebuah keluarga miskin yang ayahnya merupakan tukang besi. lima daripada adik beradiknya meninggal kerana kekurangan makanan sebelum membesar.
honda menunjukkan minat berkaitan dengan perkara mekanikal dan belajar membetulkan basikal daripada bapanya tetapi tidak begitu berjaya dalam persekolahan. dia hanya lulus darjah sepuluh pada 1922 dan menerima perantisan di sebuah kedai membaiki kereta di tokyo.
selepas enam tahun selaku perantis, dia meminjam wang untuk membuka kedai membaiki kereta di tempat tingganya. di sana dia menerima paten yang pertama untuk reka bentuk jaring besi kereta menggantikan jaring kayu.
pada 1938, honda bekerja siang dan malam membentuk suatu acuan lingkaran piston untuk perbadanan toyota. dia melaburkan semua wangnya dan juga barang kemas isterinya untuk membiayai usahanya itu tetapi toyota menolak kumpulan pertama lingkaran berkenaan. dia mengambil masa dua tahun lagi untuk menyerpunakan reka bentuknya, pada masa itu jepun sudah bersedia untuk berperang.
apabila dia sudah bersedia untuk mendirikan kilang lingkaran pistonnya, honda tidak dapat memperoleh memperoleh bekalan simen, jadi dia dan orangnya belajar membuat simen sendiri. barang honda begitu diperlukan ketika perang sehinggakan toyota meminjamkan AS$260,000 untuk modal kerja dan honda mula melatih wanit menggantikan pekerja lelaki.
kilang honda dibom dua kali tetapi setiap kali diserang, honda akan berlari keluar mengutip tong minyak yang dibuang oleh jet pejuang amerika ketika mereka melalui ruang udara kilangnya. tong minyak itu padanya adalah "hadiah ruman" kerana dapat digunakan sebagai bahan mentahnya. apabila gempa bumi berlaku meratakan kilangnya dia menjual operasi lingkaran pistonnya kepada toyota sebanyak AS$125,000.
selepas perang, kekurangan minyak petrol merumitkan perjalanan di jepun. dia begitu kecewa dan kemudiannya memasang motor kepada basikalnya. tidak lama dia dihujani permintaan untuk ciptaanya.
pda 1948, dengan pendapatan daripada perniagaan motorsikal dan bersama takeo fujiwasa, beliau menubuhkan syarikat motor honda. pelaburan mereka sebanyak AS$3,200 tidak mencukupi untuk syarikat mereka beroperasi, jadi fujiwasa berurusan secara terus dengan pelanggannya untuk mendapatkan wang. 5000 peniaga memberikan dana yang diperlukan dan honda mula beroperasi. pada mula hanya mereka yang berminat menggunakan motorsikal honda tetapi suatu kempen yang bijak, anda bertemu mereka yang baik baik dengan honda, berjaya memperoleh pasaran penuggang motor untuk suka-suka.
menjelang 1965, lima puluh peratus daripada motorsikal yang dijual di amerika syarikat adalah honda dan syarikat keretanya yang berusia dua tahun mula menempah nama sebagai pengeluar kereta yang tercekap dan mesra alam.
ketika hayatnya, honda bertanggungjawab menghasilkan hampir 450 ciptaan dan lebih 150 paten. dia menerima anugerah doktor kehormat daripada universiti teknikal michigan dan universiti ohio state dan reben biru jepun pada 1952. honda meninggal dunia pada 5 ogos, 1991 di jepun.

makanan kegemaran rakyat johor













MEE BANDUNG MUAR

bahan-bahan

-1 kg mee kuning
-10 tangkai cili kering
-1 labu bawang putih
-5 biji bawang merah
-1/2 cawan udang kering, rebus dengan secawan air
-1/2 cawan udang hidup
-1 cawan daging rebus
-sawi
-kobis
-3/4-1 cawan gula pasir
-4 cawan air rebusan daging
-1 sudu sos tiram
-telur ayam
-garam secukup rasa
-minyak masak
-daun sadri & daun bawang
-lain2 perencah spt daging, udang ataupun sotong.

cara2 membuatnya

-blend cili kering, udang kering dan air rebusan, gula bawang putih & bawang merah.
-panaskan minyak dalam kuali.
-tumiskan bahan2 dikisar.
-masukkan sos tiram, udang dan daging rebus.
-masukkan sawi, air rebusan daging dan garam. biar sehingga pekat.

cara hidangan

-untuk menghidang mee bandung muar mestilah kena bancuh sepinggan2, barulah rasanya sedap.
-ambil sedikit kuah untuk seorang makan, masukkan ke dalam kuali.
-panaskan dan masukkan telur, biar sehingga separuh keras.
-masukkan sayur dan seterusnya masukkan mee kuning.
-selesai masak, masukkan ke dalam pinggan leper, masukkan daun sadri & daun bawang.

Friday, February 12, 2010


* Persidangan Antarabangsa Pemakanan Ternakan Yang Ke-4 di pusat Persidangan antarabangsa Persada Johor, johor bahru, johor.
*21-23 september 2010

* Simposium Antarabangsa Nenas Ke-7 di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru Johor.

* 13-15 julai 2010.

SELAMAT DATANG

selamat datang ke blog helangman.blogspot.com . blog ini baru dibuka pada hari ini. blog ini akan menampilkan mengenai berita2 terkini, maklumat karnival atau pameran, mengenai sejarah dan perlembagaan, politik, makanan ataupun mengenai orang2 yg terkenal atau yang berjaya ataupun mengenai perkara2 lain yg berfaedah kepada anda semua. selamat berkunjung ke sini dan terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...