Tuesday, February 23, 2010

ROTI PIZZA (WHOLEMEAL)


bahan-bahan
tepung gandum keras -425 g
bran gandum -75 g
susu tepung -15 g
pelembut roti -7 g
yis kering segera -9 g
gula -10 g
garam -10 g
air dingin -330 g
mentega -25 g
hias atas pizza
cara cara membuatnya
-dengan mesin pengadun yg dipasang cangkuk doh pada kelajuan rendah, adun semua bahan kering selama 2 minit. tambah air dan terus mengadun pada kelajuan rendah selama 2 minit. masukkan mentega dan adun pada kelajuan sederhana selama 12 minit sehingga doh betul2 kembang.
-alih doh ke atas papan canai yg ditabur tepung. kaup dan bulatkan doh dengan kedua dua belah tangan anda. bubuh doh ke dalam bekas kedap udara dan biarkan kembang di tempat yg panas selama 1 jam sehingga naik sekali ganda.
-bahagikan doh kepada 9 bahagian, setiap satu 100g. bulat bulatkan doh dan ketepikan selama 15 minit. tekan dan canai setiap bahagian doh menjadi bulat. cucuk cucukkan permukaan doh dengan garfu untuk mengelakkan bahagian tengah doh daripada mengelembung semasa mengembang.
-biarkan doh selama 20-30 minit di dalam bilik panas dan tidak berangin. bakar dia dalam ketuhar yg sudah dipanaskan pada 225 suhu celcius selama 10-12 minit sehingga doh bertukar warna sedikit. sapukan hias atas pizza (lihat resepi di bawah) pada doh dan tabur dengan sedikit keju parmesan.
-untuk membuat pizza hawaii, hias atas dengan nanas dadu, ayam panggang, cendawan, bawang besar, lada benggala merah dan hijau, dan tabur dengan campuran keju mozzarella dan keju cheddar. bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 225 celcius selama 10-12 minit sehingga keju menjadi keperang-perangan.
bahan-bahan
tomato -700 g
minyak masak -35 g
bawang merah -8 g
bawang putih -6 g
daun bay -3 helai
bawang besar -100 g
pes tomato -150 g
gula -20 g
garam -6 g
herba oregano -2 g
lada hitam serbuk -6 g
cara2 membuatnya
-dengan pisau yg tajam, buat kelaran palang di bahagian bawah tomato. celup tomato di dalam air mendidih selama 15 minit sehingga kulitnya mudah disiat. buang kulit, empulur dan bijinya tetapi kekalkan isinya. masukkan ke dalam mesin pemproses makanan dan kisar sehingga halus.
-di dalam kuali leper, panaskan minyak masak dan goreng bawang merah, bawang putih dan daun bay sehingga kekuning-kuningan. tambah bawang besar dan goreng selama 10 minit untuk mengeringkan bawang besar. masukkan pes tomato dan tomato kisar dan terus menggoreng selama 20 minit sehingga sos mula pekat. perisakan dengan gula, garam, herba oregano dan lada hitam masak selama 10 minit.
catatan
-menabur sedikit tepung ke atas papan canai dan membalik-balikkan doh setiap kali doh dicanai akan menghasilkan pizza yang bulat. anda boleh juga mancanai doh setebal 0.5 cm dan memotongnya dengan penerap bulat.
*resepi disediakan oleh chef helangman

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...