Saturday, August 25, 2012

Norish Karman Mengaku Lahir Anak Luar Nikah???

Norish karman mengaku lahir anak luar nikah : "Mula-mula saya runsing untuk memberitahu kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” ujar Norish Karman. 

norish karman mengaku lahir anak luar nikah

Haq yang di’katakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandung Norish Karman. Beliau juga meminta semua pihak supaya tidak mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau. 

“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas” Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak bongsu beliau ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok.” 

Norish Karman turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan yang ada. “Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat.

Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujar Norish Karman.

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...