balik kerja pukul 2 pagi, tiba2 perut rasa lapar. kalau pukul 3 pagi, kat sinilah ajelah tempat kedai makan yang buka kat tempat kawasan rumah aku. mengidam sangat nak makan ayam penyet, dapatlah makan ayam penyet dengan teh tarik di situ. ayam dia okeylah kerana dia hidangkan panas2, nasinya pun biasa2 saja kerana dia gunakan beras biasa bukannya beras wangi, supnya pun biasa saja tapi sambal dia memang sedap kerana lain dari yang lain dan lagi satu adalah kerana ayam penyet dihidangkan panas2 iaitu ayam dan nasinya. itu yang buat ianya sedap dimakan.
inilah warung ayam penyet yang buka 24 jam...
inilah ayam penyet yang aku makan
ini nasinya yang aku makan
habis licin aku makan
No comments :
Post a Comment