Monday, September 30, 2013
Dakwah di kelab dangdut
Pegawai Jaipk memberi nasihat dan peringatan berkaitan Islam kepada pengunjung premis hiburan berkenaan, semalam.
IPOH - Pengunjung sebuah kelab dangdut di sini, dikejutkan dengan kehadiran pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di premis tersebut kira-kira jam 12 tengah malam, semalam.
Kehadiran mereka adalah sempena Program Dakwah Bersama IPT Perak anjuran Jaipk yang diadakan selama dua hari bermula Jumaat lalu.
Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, seramai 70 penuntut dari beberapa IPT di negeri ini termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 30 pegawai penguat kuasa Jaipk terlibat dalam program tersebut.
Menurutnya, pendekatan itu adalah untuk menyampaikan dakwah, nasihat dan memberi risalah berkaitan Islam kepada pengunjung beragama Islam yang mengunjungi pusat hiburan seperti pub, kelab malam serta kelab dangdut.
“Program ini pertama kali diadakan secara rasmi di negeri ini terutamanya dalam konteks berdakwah ke lapangan.
“Melalui pendekatan dilakukan, kita secara tidak langsung dapat memberi peringatan dan pendidikan mengenai Islam kepada mereka yang mengunjungi tempat sedemikian,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu, mereka singgah ke beberapa tempat untuk menyampaikan dakwah antaranya ke kelab malam, taman rekreasi dan pusat beli-belah.
Sementara itu pengunjung, Ayu Salleh, 21, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan kehadiran individu bertudung labuh di situ.
“Namun, selepas dimaklumkan mereka hadir untuk program dakwah, saya dapat menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang hadir ke premis tersebut untuk melihat suaminya yang bekerja sebagai pemain keyboard.
Menurutnya, kebiasaannya premis hiburan sering dipenuhi golongan yang cetek agama, namun tidak semuanya naif dalam hal berkenaan.
“Saya lihat pendekatan dilakukan Jaipk bersama penuntut IPT ini bagus kerana dapat mengingatkan orang ramai,” katanya.
Peserta program, Fatin Nadiah Rosli, 21, yang merupakan penuntut tahun kedua Sarjana Muda Ukur Bahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar pula berkata, dia menyertai program itu kerana ingin menyampaikan dakwah.
Wednesday, June 26, 2013
Tuesday, June 11, 2013
Perang Akhir Zaman: Mujahidin Syria sahkan kematian adik Hasan Nasrallah
Pertempuran sengit di bandar Qusayr wilayah Homs terus mengalami peningkatan sejak beberapa hari terakhir ini.
Pasukan Assad dan
Hizbullah berjaya memasuki arah selatan Qusayr, tetapi Mujahidin berjaya
masuk dari arah utara dan menguasai wilayah itu.
Semua anggota Mujahidin
yang berada berhampiran Qusayr diminta untuk bergabung dengan Mujahidin
di Qusayr dengan membuka barisan hadapan pejuang baru untuk mengalihkan
perhatian tentera rejim dan tentera bayaran mereka.
Syria perang akhir zaman
Peperangan
dan konflik antara kaum muslimin sunni dengan kaum Syi'ah Nushairiyyah
Rejim Bashar Al-Assad yang berlaku di Syria sekarang ini memang takkan
pernah ada kata berhenti untuk dibincangkan dan menjadi perhatian umum
dunia antarabangsa khususnya Dunia Islam.
Ahad
pagi 12/8/2012 di masjid At-Takhim, Forum Komunikasi Aktivis Masjid
(FKAM) cawangan Yogyakarta mengadakan kajian "Tinjauan Kritis Konflik
Syria" sekaligus penggalangan dana yang akan diperuntukkan bagi kaum
muslimin sunni Syria yang saat ini mengalami penindasan, penangkapan
beramai-ramai, pembunuhan dan pemerkosaan yang dilakukan oleh Rejim
Bashar Al-Assad yang menganut mazhab Syiah Nushairiyyah.
Sedangkan
diadakannya kajian tersebut tidak lain adalah sebagai peringatan bagi
kaum muslimin akan kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim
Syiah Alawiyah pimpinan Bashar Assad. Hal ini dinilai penting kerana
sebahagian besar kaum muslimin masih memandang acuh tak acuh terhadap
konflik atau "Revolusi" yang berlaku di Syria sebagai sebahagian
daripada urusan dalam negeri Syria.
Sebenarnya
apa yang berlaku di negeri Syria yang sekarang ini diperintah oleh
rejim Syiah Alawiyah sudah berlaku sejak 40 tahun yang lalu. Dan hal
tersebut merupakan Dendam Ideologi dari kelompok atau perikatan Syi'ah
kepada kaum Muslimin Sunni.
Kajian dan penggalangan dana yang diisi oleh Ustadz Fahrrurozi Pengamal Da'wah dari Yogyakarta ini
di sambut dengan begitu bersemangat dan baik sekali oleh kaum muslimin
khususnya yang ada di Jogja. Hal ini terbukti dengan banyaknya kaum
muslimin yang datang dalam kajian ini untuk mengetahui keadaan saudara
sesama muslim yang tertindas di Syria. Menurut Kru FAI, lebih dari 300an
jemaah ikhwan mahupun akhwat penuhkan kawasan di mana kajian
berlangusng.
Negera
yang banyak melahirkan banyak ulama Islam itu, sehingga kini telah
"melahirkan" belasan ribu Syuhada 'pejuang yang syahid disebabkan tujuan
mereka semata-mata hanya untuk menegakkan syari'at islam di bumi Syam
yang diberkati tersebut.
Tercatat
hingga Mei 2012, sekitar 12,000 muslim sunni telah terbunuh dan insya
Allah syahid. Puluhan ribu lainya cerdera dan menderita di
penjara-penjara rejim Bashar Assad, ribuan Muslimah diperkosa, anak-anak
kecil yang tidak berdosa-pun tak lepas dari lindasan buldoser dan
peluru serta meriam para jagal Syiah Nushairiyyah.
Dalam
kajian ini Ustadz Fahrurozi sebagai penceramah mengatakan bahawa Syria,
negeria yang menderita tersebut adalah salah satu negera yang
diagungkan dalam islam, maka sudah sewajarnya jika kaum muslimin seluruh
dunia menaruh perhatian padanya.
"Syria,
negera yang menderita tersebut merupakan salah satu tempat yang
diagungkan dalam Islam. Banyak Ulama yang menulis keutamaan Syria
(Syam-red), terutama ibukotanya Damaskus. Sebagaimana sabda Rasulullah
saw, "Jika penduduk Syam telah rosak, maka tiada kebaikan lagi di antara
kamu". (HR.Ahmad) ", kata beliau.
Beliau-pun
meneruskan, bahawasanya Rasulullah saw sendiri langsung menyebut bandar
Damsyik sebagai benteng umat Islam pada perang akhir zaman kelak.
"Harus
difahami oleh kaum Msulimin bahawa Damsyik yang masuk wilayah Syria
merupakan tempat berlakunya Al-Malhamah Al-Kubra dan tempat terbaik bagi
kaum muslimin pada saat itu. Rasulullah saw bersabda, "Di hari perang
semesta (Al-Malhamah Al-Kubra atau Armagedon), benteng kaum muslimin di
sebuah tempat yang bernama Ghuthoh, di Ghuthoh itu terdapat sebuah
tempat yang disebut Damaskus. Disitulah sebaik-baiknya tempat bagi kaum
muslimin pada hari itu. (HR.Abu Dawud) ", tegasnya.
Pada
kajian tersebut juga diberikan maklumat terkini dari Syria, bahawa pada
hari Ahad 12 Ogos 2012 pukul 03.00 wib sebanyak 179 kaum Msulimin sunni
sudah terbunuh kembali dan Insya Allah Syahid dan maklumat di dapat
dari NGO Hilal Ahmar yang sekarang berpusat di Turki.
Rata-rata
kaum muslimin sunni yang terbunuh di Syria sebanyak 150 hingga 200 jiwa
per harinya. Dalam penutup kajian tersebut Ustadz Fahrurozi berpesan
bahawa penyelesaian terbaik dan satu-satunya penyelesaian dari konflik
dan penindasan yang dialami oleh kaum muslimin di Syria serta kaum
muslimin yang lain di pelbagai belahan dunia adalah Jihad.
Kerana
dengan berJihadnya seluruh kaum muslimin, sesungguhnya boleh menjadi
penyatu dari bersatunya pelbagai kaum muslimin yang ada di dunia, yang
sebelumnya tidak tahu dan tidak mengenal akan menjadi kenal antara satu
dengan yang lain sehingga terjalinlah ukhuwah islamiyyah yang hakiki
sesama muslim. Sesuai dengan firman Allah swt,
"Demikianlah
apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi
Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan
orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan
menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka
dan memperbaiki keadaan mereka. dan memasukkan mereka ke dalam jannah
yang telah diperkenankanNya kepada mereka. "(Surah Muhammad 47: 5-6)",
jelasnya. (Umar Khan / Kru FAI)
Tuesday, May 28, 2013
Thursday, May 23, 2013
NAMA SAYA BUKAN NASIR
McDonald's Malaysia Parody : Story of Not Nasir
video ni memperli iklan tv mcdonald
Saturday, May 18, 2013
Monday, May 13, 2013
Saturday, May 11, 2013
KENALI MASJID AL-AQSA YANG SEBENAR
Kekeliruan Ummat Islam Tentang Masjid Al-Aqsa
Masjid Al-Aqsa adalah Masjid Suci yg ke-3 utk ummat Islam selepas Masjidil Haram di Mekkah & Masjid Nabawi di Madinah Munawwarah. Ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Kaabah di Makkah. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Masjid Al-Aqsa mula-mula dibina oleh Nabi Adam as. Nabi Ibrahim as membina semula Masjid Al Aqsa di Jerusalem kerana dia dan Ismail membina semula Kaabah di Makkah. Nabi Daud as memulakan pembinaan semula Masjid Al Aqsa. Nabi Sulaiman as adalah nabi terakhir yang menyelesaikan binaan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa yg dibina oleh Nabi Sulaiman as telah dimusnahkan pada tahun 587SM oleh Nebukadnezar Raja Babylon.
Orang2 Yahudi memanggil Masjid Al-Aqsa ini dengan nama yg sama yg dibina oleh Nabi Sulaiman as sebagai Bait (rumah) mereka. Orang2 Yahudi membina semula Kuil mereka di laman yg sama pada 167 SM, tetapi telah dimusnahkan pada tahun 70 Masihi dan Yahudi dihalau dari Jerusalem. Tapak Masjid Al-Aqsa terus dibiarkan dan telah digunakan sebagai tempat pembuangan sampah (Nau`zubillah) selama hampir 600 tahun sehingga Khalifah Agung Umar bin Khattab membebaskan Jerusalem pada 637M. Khalifah Umar bin Khattab membina Masjid Al-Aqsa yg mana pada permulaan binaannya adalah berasaskan kayu. Khalifah Umayyah (Abd Malik Bin Marwan) 72/73 H telah memulakan pembinaan Kubah Batu.(Dome of the Rock). Ianya hanyalah kubah batu dan bukannya Masjid Al-Aqsa yg telah kita ketahui & apa yg media masa telah war2kan selama ini.
INI ADALAH MASJID AL-AQSA
SEBAHAGIAN MASJID AL-AQSA
INI BUKAN MASJID AL-AQSA
INI ADALAH "DOME OF THE ROCK"
(KUBAH AS-SAKHRAH)
KEDUDUKAN SEBENAR MASJID AL-AQSA
Melihat
pada gambar ini, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid berkubah
emas itu adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita
akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak
samar-samar di belakang. Percayalah, masjid berkubah hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil
Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke
Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan
jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah
mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan
gambar Dome of The Rock (Qubbat As-Sakhrah) sebagai Masjidil Aqsa.
Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang
sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk
membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas
mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
BUKU "BUDAYA USAHAWAN"
buku ini ditulis oleh arwah datuk salleh majid (bekas pengerusi BSKL)
buku yang memberi inspirasi dan semangat
Friday, May 10, 2013
Saturday, May 4, 2013
ANGAH D&C BISTRO
FOOD COURT, SOUTHERN CITY, TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU.
(L2 - MANAGEMENT AFFIS, NO 3, JALAN SURIA 19, TAMAN PUTERA, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM)
Friday, May 3, 2013
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
Thursday, April 4, 2013
MAKAN BURGER EKSOTIK
BURGER RUSA, BURGER UNTA, BURGER DAGING DOUBLE, OBLONG KAMBING
BURGER RUSA
BURGER UNTA
BURGER DAGING DOUBLE
OBLONG KAMBING
BURGER DAGING DOUBLE SPECIAL
Thursday, February 28, 2013
Thursday, February 21, 2013
Sunday, February 17, 2013
Tuesday, February 12, 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)