Thursday, July 26, 2012

MENGENALI KAABAH

Kisah Kaabah yang jarang didengari


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.


01) Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

02) Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

03) Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

04) Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

05) Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

06) Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

07) Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

08) Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

09) Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10) Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11) Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12) Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13) Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14) Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15) Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.



Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

11 fakta mengenai Neraka yang perlu Masyarakat Madani Malaysia tahu


Assalamualaikum

Neraka digambarkan sebagai suatu tempat yang penuh dengan azab dan siksaan bagi mereka yang mengingkari perintah Allah SWT. Ia merupakan salah satu tempat atau destinasi terakhir umat manusia sebagai balasan atas apa yang dikerjakan semasa masih bernyawa di muka bumi.

Dipetik dari Hadith Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku (Allah SWT). Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu :

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Ulasan :-
**Pembalasan bukan sahaja akan diterima di akhirat kelak, bahkan bagi sesetengah manusia akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan semasa masih hidup di alam fana ini.

**”Madani” berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat atau generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

penyeksaan terhadap orang islam rohingnya di myanmar

Berita Terkini dari Burma;

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara

SERUAN JIHAD TELAH DIPANGGIL WAHAI SAUDARA SEISLAMKU...JGN ANDA ALPA DAN LEKA LG WAHAI UMAT ISLAMMMMM....MARI BERJIHAD...JIHAD ITU TUNTUTAN WAJIB BG UMAT ISLAM SEKALIPUN UTK ORG YG BUTA MATANYA....!!!!!!

Sehubungan dgn itu..bg sesiapa yg berdekatan shah alam dan yg hampir dgnnya...kami perlukan BERAS,MINYAK DAN GULA untuk kami hantar pd sedara islam kita di sana...WAHAI UMAT ISLAMMMMM...BESOK tolong hantar ke SURAU AR-RAHMAH SEKSYEN 8 SHAH ALAM krn ada lori yg akan bawak bekalan mknn ini ke pulau pinang...di pulau pinang brg akn dipindahkn ke atas kapal..kapal akn bertolak ker Myanmar...stakat nih..Hanya ni shj jln yg mampu kiter lakukan DEMI MENYAHUT TUNTUTAN JIHAD KITER...INFAQ KAN HARTA ANDA PADA JLN JIHAD FISABILILLAH...KERANA GANJARANNYA 700 KALI GANDA...tlg war-war kan..mudahan kita dpt antar byk beras,gule dan minyak utk sedare islam kiter disana...amin ya ALLAH.

P.s : Juga kejadian sama di Assam , India


Wednesday, July 25, 2012

DIKEHENDAKI POLIS




25 Jul 2012

Jika anda kenal atau pernah terlihat lelaki ini tolong salurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan segera.Kes samun bersenjata kedai emas di Carrefour Seberang Jaya.


BUTTERWORTH – Tiga lelaki yang menyamar sebagai pelanggan melarikan barang kemas bernilai lebih RM3 juta dari sebuah kedai emas dalam pasar raya Carrefour Seberang Jaya, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Mohd Nasir Salleh berkata, tujuh pekerja dan seorang pelanggan berada dalam kedai itu.

Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki kedai emas dan menyamar sebagai pelanggan dengan meminta pekerja kedai emas itu mengeluarkan rantai-rantai emas untuk dibeli oleh mereka.

“Selepas permintaan mereka dilayan, ketiga-tiga lelaki terbabit mengeluarkan tiga pucuk pistol serta mengacukannya kepada pekerja dan seorang pelanggan tadi sambil memberi amaran jangan bergerak,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perompak itu telah menjadikan salah seorang pekerja kedai emas itu sebagai tebusan dengan mengacu pistol di kepalanya manakala pekerja lain diarah memasukkan barangan kemas dalam sebuah beg dengan cepat sebelum mereka melarikan diri.

Mohd Nasir berkata perompak berusia antara 20 hingga 30 tahun terbabit dipercayai warga asing kerana bertutur dalam bahasa Hokkien dan bahasa Melayu yang agak pelat.

Sunday, July 22, 2012

SUMPAH IKRAR JUTAAN RAKYAT SYRIA UNTUK BERJIHAD



INSPEKTOR SAMSENG (GANGSTER)






BAKAL MB JOHOR (YB SALLAHUDDIN AYUB)


* Dilahirkan pada 1 disember 1961, berasal dari PONTIAN JOHOR, berketurunan melayu-cina, berkelulusan ijazah dari UPM dan merupakan bekas pegawai kewangan MUI BANK.

* Bekas KETUA PEMUDA PAS PUSAT, kini menjadi NAIB PRESIDEN PAS, menjadi AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN (KELANTAN) dari TAHUN 2004 sehingga sekarang.

* Pada PRU ke 13 beliau akan bertanding di negeri kelahirannya iaitu di johor...

* Beliau akan dilantik menjadi MB JOHOR sekiranya PR berjaya menawan negeri johor...

* Diuar-uarkan kemungkinan beliau akan diletakkan oleh PAS JOHOR untuk bertanding di DUN NUSAJAYA dan di PARLIMEN PULAI.....

CATATAN - Sebagai anak muda johor yang berada di atas pagar, kami menyokong sepenuhnya YB sallahuddin ayub untuk bertanding di johor iaitu di kerusi PARLIMEN PULAI dan di DUN NUSAJAYA seperti diuar-uarkan jika beliau dicalonkan di situ oleh PAS dan menyokong beliau sebagai bakal MB JOHOR selepas PRU13 nanti (sokong 100%). insyaallah, mudah-mudahan diberkati oleh ALLAH SWT.....

Thursday, July 19, 2012

DR BURHANUDDIN AL HELMY (PEJUANG KEMERDEKAAN)


"Di atas robohan kota Melaka, Kita bangunkan jiwa merdeka, Bersatulah Melayu seluruh baka, Membela hak keadilan pusaka" (Kota Melaka, 1946).

Dr. Burhanuddin al-Helmy, atau nama penuhnya, Burhanuddin bin Haji Muhammad Nor, lahir di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911, adalah seorang doktor perubatan homeopati yang alim dalam bidang agama Islam. Beliau menguasai nahu saraf dan sastera Arab untuk mampu mentafsir al-Quran dan Hadis dengan baik. Selain boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Dr Burhanuddin adalah Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ketiga selepas Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Abbas Alias. Dr Burhanuddin mengambil alih pucuk pimpinan PAS pada tahun 1956 hingga kematiannya pada tahun 1969. Dr. Burhanuddin al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu Prof Zulkifli Muhammad dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu. Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya lagi. Muktamar kemudiannya dengan sebulat suara memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah yang terus memantapkan PAS. Di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonial. Beliau digambarkan sebagai seorang “nasionalis radikal dan pemikir Islam”. Kepemimpinan Dr. Burhanuddin dalam PAS membawa kejayaan besar kepada beliau dan PAS dalam PRU 1959 apabila beliau menang kerusi Parlimen Besut untuk menyertai 13 lagi wakil rakyat PAS ke Parlimen. PAS menguasai 13 daripada 24 kerusi DUN Terengganu dan di DUN Kelantan PAS menguasai 28 daripada 30 kerusi untuk meletakkan Mohd Daud Abdul Samad menjadi Menteri Besar di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar, Menteri Besar di Kelantan. Namun, malang bagi PAS, kerajaan pimpinan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 lantaran permainan politik kotor Perikatan di luar Pilihanraya. Dr Burhanuddin al-Helmy tercicir dari PRU 1964 setelah SPR mengisytiharkan Dr. Burhanuddin hilang kelayakan bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan. Malang bagi PAS dan Dr Burhanuddin pada 6hb Mei 1964 apabila Timbalan beliau, Prof Dato’ Dr Zulkifli Muhammad (Ahli Parlimen Bachok 1969-1964), meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Kuantan bersama isteri, Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat ketika dalam perjalanan berkereta pulang ke Perak dari Kelantan. Setahun selepas itu Dr. Burhanuddin al-Helmy pula ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia. Beliau ditahan pada 28 Januari 1965 dengan sokongan oleh Tun Dr. Ismail. Alasan yang digunakan adalah kerana Dr. Burhanuddin al-Helmy ini mengkhianati dan menderhaka kepada negara. Dengan demikian beliau tidak perlu dibicarakan. Dr. Burhanuddin Al-Helmy dibebaskan dari tahanan pada bulan Mac 1966 tetapi dikenakan syarat sekatan kawasan dan tidak dibenarkan berpolitik, sehinggalah Dr. Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelahnya yang mula menjadi tenat dan tidak terkawal sejak semasa dalam tahanan ISA. Minat mendalam perjuangan politik Dr. Burhanuddin al-Helmy bermula ketika beliau menuntut di Madrasah al-Masyhur al-Islamiyyah, Pulau Pinang. Mudir madrasah Sheikh Abu Bakar al-Rafie, selain Haji Arshad al-Bawayih, guru tatabahasa bahasa Arab adalah dari golongan ‘Kaum Muda’, dan Ashiran Yaakob, yang juga merupakan seorang penulis yang memperjuangkan nasib politik, ekonomi dan sosial orang Melayu, dikatakan banyak mempengaruhi minda pemikiran politik awal Dr Burhanuddin. Aliran pemikiran baru inlah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-kemerdekaan dalam diri beliau. Sebelum itu, semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin al-Helmy yang berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat Islam Indonesia, termasuk para pendidik lain di situ, adalah juga kebetulannya terdiri dari kalangan aliran ‘Kaum Muda’ belaka. Selepas tamat pengajian di Madrasah al-Masyhur al-Islamiyyah, Pulau Pinang, Burhanuddin al-Helmy kemudiannya telah mendapat biasiswa dari seorang hartawan India muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Aligarh, India. Di universiti ini Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pengajian Ijazah di bidang sastera dan falsafah, sehingga ke peringkat dianugerahkan Ijazah PhD. Di India, beliau telah terdedah dengan ajaran tasawuf Naqsyabandiah, selain didedahkan dengan perjuangan Mahatma Gandhi menuntut pembebasan India daripada penjajahan British. Beliau dikatakan menghadiri rapat umum dan ceramah-ceramah Mahatma Gandhi serta mengikuti pendapat Mahatma Gandhi yang menuntut kebebasan politik bagi India dan tidak menggalakkan kekerasan dan permusuhan dalam kalangan orang India. Semasa di India, beliau sempat juga bertemu dan berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan para pemimpin kemerdekaan India yang lain. Setelah tamat pengajiannya di India beliau telah mengembara ke Palestin dan Turki sebelum ke Singapura untuk bertugas sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura. Ketika di Singapura, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar pula ilmu perubatan homeopati daripada Dr. Rajah sehingga beliau berjaya mendapat ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India. Dr. Burhanuddin al-Helmy turut di anugerahkan ijazah Doctor of Naturopathy dari School of Naturopathy, London dan Doctor of Divinity daripada International Academy Canada, secara ijazah luar kampus. Dengan kelayakan ini, Burhanuddin al-Helmy telah membuka sebuah klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura. Dr Burhanuddin mula berjinak-jinak dengan gerakan politik tanah air apabila beliau menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakob. Di zaman pendududukan Jepun, Bersama-sama dengan Ibrahim Haji Yaakob, Onan Siraj dan beberapa orang pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang lain, Dr. Burhanuddin al-Helmy telah menubuhkan pula Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. Penubuhan KRIS digalakkan oleh pihak Jepun. Jepun sebenarnya telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Justeru itu beberapa siri rundingan telah diadakan antara pihak Jepun dengan Soekarno. Lalu kesempatan ini mahu diraih Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ibrahim Yaakob yang mahu bawa Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia melalui gagasan Indonesia Raya apabila Jepun berundur nanti. Atas matlamat inilah satu perundingan dan perbincangan telah diadakan antara Ibrahim Yaakob dengan Soekarno dan Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945. Soekarno dan Hatta pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Saigon setelah bertemu Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun bagi Asia Tenggara. Usaha-usaha mencapai kemerdekaan dalam konsep Indonesia Raya ini telah dijalankan dengan digerakkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy. Satu mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi merancang beberapa langkah yang patut dibuat bagi menentang kemasukan semula British ke Tanah Melayu. Mesyuarat juga telah memutuskan sebuah kabinet dibentuk bagi negara merdeka tersebut dengan nama Malaya Demokratik Rakyat, di mana dalam kabinet ini Dr. Burhanuddin al-Helmy juga dilantik sebagai anggota kabinet. Mesyuarat juga membincangkan cara-cara bagi mengelak penguasaan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) selepas pengunduran Jepun. Pada 17 Ogos 1945, atas arahan Ibrahim Yaakob, satu perjumpaan dengan wakil-wakil pemuda KRIS telah diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perjumpaan ini turut dihadiri Itagaki dan dua orang kawannya. Pihak Jepun telah memberitahu rancangan untuk merdeka dalam Indonesia Raya tidak dapat dilaksanakan kerana penyerahan diri Jepun secara mendadak pada 15 Ogos 1945. Dengan itu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu juga gagal. Kegagalan ini sedikit menghampakan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Selepas Perang Dunia II dan selepas penjajah Inggeris kembali berkuasa, Dr. Burhanuddin al-Helmy, bersama Mokhtarudin Lasso, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam telah menubuhkan pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti yang dipengerusikan Dr Burhanuddin al-Helmy ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, selain hasrat membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan “kesatuan politik” Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu agenda perjuangan utama Dr Burhanuddin. Dr. Burhanuddin al-Helmy turut menjadi perancang utama untuk penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin Shamsiah Fakeh. Beliau turut terlibat dalam penubuhan Parti Islam Hisbul Muslimin yang dipimpin Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dr Burhanuddin al-Helmy adalah seorang pemimpin berpengaruh yang jujur, mudah didampingi, berfikiran terbuka, senang diajak berbincang dan mudah bertolak ansur asalkan kena pada tempatnya, kerana pada sisi lain beliau adalah seorang yang tegas dan amat teguh pendiriannya. Dalam peristiwa penggubalan Perlembagaan Rakyat, soal kerakyatan di mana All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) mahukan kerakyatan berdasarkan tempat lahir atau jus soli sedangkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) keberatan menerima kerakyatan cara ini. Perbalahan juga berlaku dalam soal nama kerakyatan, AMCJA mahukan kerakyatan yang bernama “Malayan” sedangkan PUTERA yang dipimpin Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Dr. Burhanuddin al-Helmy yang menjuarai dan mempengerusikan PUTERA-AMCJA mahukan kerakyatan yang bernama “Melayu”. Dalam hal ini Dr. Burhanuddin al-Helmy tetap dengan pendiriannya sehingga memaksa Ahmad Boestamam menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah ini bagi menjayakan Perlembagaan Rakyat. Apapun, segala yang telah cuba diusahakan oleh Dr Burhanuddin bersama rakan-rakan pejuang politiknya yang lain seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir akhirnya dipatahkan dari tindakan keras pentadbiran British di Malaya yang mengisytiharkan undang-undang darurat 1948 yang menyaksikan bukan saja Parti Komunis Malaya (PKM), tetapi semua pertubuhan kiri yang menentang penjajahan British termasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Hisbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), PUTERA-AMCJA dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) diharamkan. Semua pemimpin, pengikut dan simpatisan pertubuhan diburu dan ditangkap. Hampir 34,000 kesemuanya rakyat Tanah Melayu daripada golongan yang simpati dengan gerakan anti-kolonial telah menjadi tahanan politik tanpa bicara antara 1948-57 dari gerakan besar-besaran oleh pentadbir penjajah Inggeris untuk melumpuhkan samasekali tentangan anak negeri terhadap penjajahan Inggeris . Mereka termasuklah Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Ada yang lari ke Indonesia seperti Ibrahim Yaakob dan ada yang lari masuk hutan untuk mengelak tangkapan tapi diburu terus oleh pasukan tentera bersenjata untuk dihapuskan. Antara yang sempat lari masuk ke hutan termasuk Shamsiah Fakeh pemimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Mat Indera, pemimpin Angkatan Pemuda Insaf (API) di Johor yang kemudiannya bergabung dengan pasukan militan melayu dari Regimen ke-10 Tentera Pembebasan Malaya yang berpangkalan di Lubok Kawah, Temerloh, Pahang untuk menyertai Rashid Maidin dan Musa Ahmad, dua pemimpin kanan Parti Komunis Malaya, yang turut sempat lari ke dalam hutan. Walaupun Dr. Burhanuddin al-Helmi tinggal di Singapura ketika itu, beliau turut di tahan antara tahun 1950 hingga tahun 1952 di penjara Singapura atas tuduhan terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di Belanda. Ini hanyalah dijadikan alasan pihak penjajah Inggeris yang tidak senang dengan saranan terbuka Dr Burhanuddin supaya Rakyat tidak menentang usaha Tentera Pembebasan Malaya mengusir penjajah Inggeris keluar dari Tanah Melayu. Sementara itu. PAS (nama asalnya, Parti Islam SeTanah Melayu), pimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan , Parti Rakyat Malaya, pimpinan Ahmad Boestamam, dan Parti Buroh Malaya, yang pada awalnya dipengerusikan oleh Lee Moke Sang , kemudiannya DS Ramanathan, sebelum dipimpin Ishak Haji Muhammad adalah antara parti politik pembangkang terawal yang ditubuhkan kemudiannya untuk menyertai Pilihanraya 1959 selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Penyertaan Dr Burhanuddin dalam PAS telah diusahakan oleh sekumpulan angkatan muda PAS yang antaranya terdiri daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab Noor dan Mohd Asri Muda setelah mengadakan mesyuarat tidak rasmi berhubung dengan jawatan utama PAS. Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy sendiri. Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik ketika itu. Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujuan bertulis daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang keahlian PAS. Dr Burhanuddin menerima pelawaan ini dengan hati terbuka. Apatah lagi dikatakan telah wujud satu persefahaman dan kesepakatan di kalangan ketiga-tiga mereka untuk Ahmad Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) menerajui Parti Buruh dan Dr Burhanuddin menerajui PAS. Ini bagi membolehkan penyatuan rakyat dari tiga sisi berbeza dan memudahkan kerjasama dari kalangan parti berbeza sebagai strategi untuk menang Pilihanraya. Sementara itu, ketegasan Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ahmad Boestamam untuk tidak menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 kerana keghairahan masing-masing yang tidak pernah putus asa mahu menjayakan rancangan alternatif gagasan Melayu Raya yang lebih besar melalui peluang baru penubuhan Persekutuan Maphilindo selepas merdeka telah membawa padah kepada kedua-dua mereka. Negara kemudiannya menyaksikan dua pemimpin tertinggi parti PAS dan Parti Rakyat Malaya yang berpengaruh dtangkap dan ditahan di bawah undang-undang ISA (Internal Security Act) atas tuduhan terlibat dalam aktiviti subversif yang membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara. Dr Burhanuddin dituduh berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia. Manakala Ahmad Boestamam dituduh terlibat dalam menyokong usaha Indonesia menentang penubuhan Malaysia selain dituduh terlibat dalam peristiwa kebangkitan rakyat Brunei anjuran Parti Rakyat Brunei pimpinan Azhari pada tahun 1962 yang menuntut kemerdekaan Kalimantan Utara meliputi wilayah Sabah, Sarawak dan Brunei dari British. Walhal, rancangan penubuhan Persekutuan Maphilindo bagi menggantikan rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia ini pada pada awalnya dipersetujui sendiri oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman bersama Presiden Republik Filipina, Macapagal dan Presiden Republik Indonesia, Soekarno dalam satu Sidang Kemuncak di Manila menjelang pengisytiharan penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 16 September 1963 . Namun Tunku terpaksa tunduk kepada tekanan dan telunjuk British dan Amerika Syarikat yang tidak mesra dengan Soekarno dan Indonesia biarpun Malaya pada waktu itu telah pun merdeka dari penjajahan Inggeris. Walaubagaimanapun, tidak pula dinyatakan sebab kenapa dipandang sepi cadangan alternatif yang lain oleh Presiden Macapagal supaya Filipina saja menyertai Malaysia dulu di bawah gagasan Federation of Greater Malaysia, tanpa Indonesia, untuk membolehkan Indonesia menyelesaikan masalahnya terlebih dulu dengan Britain dan Amerika Syarikat, demi menjayakan usaha penyatuan negara-negara Melayu seluruh Nusantara yang dipecahkan-belahkan oleh penjajah Inggeris, Sepanyol dan Belanda.

Tuesday, July 17, 2012

RAMADHAN

PUASA - 3 HARI LAGI

DR MUHAMMAD MURSI (PRESIDEN MESIR)

Siapa Dr. Muhammad Mursi | Sejarah Ringkas Revolusi Mesir Salam untuk semua, moga dirahmati Alhamdulillah, kemenangan Dr. Muhammad Mursi calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin sebagai Presiden Republik Arab Mesir (tidak rasmi sehingga tarikh ini-21 Jun 2012) telah diketahui pada pagi Isnin, 18 Jun 2012. Dr.Muhammad Mursi memperoleh 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding lawannya, Ahmed Syafiq, sekutu kuat Husni Mubarak memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973. Kemenangan ini disambut dengan rasa syukur oleh seleuruh rakyat Mesir terutama rakyat yang sudah lama mengimpikan pemerintahan baharu, ingin keluar daripada jajahan kuku besi Husni Mubarak...malah turut mengimpikan Islam kembali didaulatkan di bumi Mesir. Walau bagaimanapun, kemenangan ini masih menjadi tanda tanya apabila pihak tentera masih samar2 membuat keputusan untuk memberikan kuasa penuh kepada Presiden baru. Difahamkan sekarang juga jutaan rakyat Mesir berhimpun/berkampung di Dataran Tahrir mendesak pihak tentera mengembalikan kuasa pemerintahan penuh kepada pilihan rakyat. Kisah Pilihan Raya Mesir Pelajaran dakwah dri Pilihanraya Presiden Mesir...Ada dua calon iaitu Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwan. Sedangkan Syaffiq merupakan perwakilan dari regim lama, Hosni Mubarak. Ada kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir. Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yg anda akan pilih?” Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” Si pemandu hairan dan btanya “Kenapa? Dia kan Ikhwan…” Si pemandu semangat mengkritik Morsi, “Saya ini seorang muslim dan nama saya juga Mohammed.” Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” Si pemandu teksi hairan dan semakin bingung dan berkata: “Bukankah Shafqiq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapus ayat-ayat Al-Quran?” Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu di penjara…."Ketika syuhada’ berguguran, Shaffiq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi." Kelu pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian...lalu bersetuju turut sama menyokong Mursi! Revolusi 2011 yang telah mengorbankan 1,000 nyawa itu tidak sewajarnya berakhir dengan sebegitu rupa. Pengorbanan mereka yang tak ternilai harganya itu tidak sewajarnya dibayar dengan memilih untuk kembali kepada pemerintahan silam. Sesungguhnya cabaran besar sedang menanti Presiden dan kerajaan yang baru untuk menyatukan kesemua rakyat samada Muslim, Kristian, liberalis dan golongan kiri di bawah satu lembayung pemerintahan baru Mesir. Kini, amanah besar sedang digalas oleh setiap rakyat Mesir untuk melakar masa depan mereka sendiri. Janganlah pula tersilap langkah kerana buruk padah pasti menanti bak kata pepatah “terlepas mulut harimau, masuk mulut buaya”. Sungguhpun golongan liberalis berpendapat pusingan run-off ini adalah the 'worst-case' scenario yang membuatkan mereka terpaksa memilih antara dua persimpangan namun bagi kita semua yakinlah bahawa hanyalah Islam ad-Din yang akan menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia mahupun akhirat sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari agama(ad-Din) selain daripada Islam maka ianya tidak sesekali akan diterima dan di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi.” BIODATA PROF. DR. MUHAMMAD MURSI Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran. Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. Dakwah dan Politik Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak. Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme. Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu. Penjara dan Penangkapan Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang. Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan. Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000. Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin. Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...